Monday, 7 September 2015
Kuliah 7
BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN
Penggunaan bahasa yang sopan , beradab dan bertatasusila.
Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
-Dalam komunikasi lisan , penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengari dan dilihat serta-merta .
-Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
- KESANTUNAN LISAN
Penggunaan bahasa yang sopan , beradab dan bertatasusila.
Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
-Dalam komunikasi lisan , penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengari dan dilihat serta-merta .
-Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
- Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan .
- Suara dan intonasi yang sopan .
- Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
- Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
- Penggunaan sistem panggilan yang betul .
- Gaya bahasa yang sesuai
- Isi perbincangan yang tidak sensitif.
-Dari segi tubuh badan , aspek-aspek kesantunan perlu diambil perhatian ialah :
- Gaya percakapan yang sopan.
- Pandangan mata yang sesuai.
- Gerak laku yang bertatasusila.
- Mimik muka yang positif.
- Hayunan tangan yang sesuai.
- Imej diri .
-Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk rasmi (mesyuarat , syarahan , ucapan )dan tidak rasmi(perbualan).
-Komunikasi lisan secara formal atau tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa , kata sapaan dan gerak laku.
-Pemilih kata , ungkapan , ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan .
- Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama , kesantunan bahasa tetap terperihara.
-Dalam semua suasana dan urusan rasmi , kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi , iaitu ragam bahasa yang secara maksimum mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik , sosiolingustik mahupun pragmatiknya.
-Penutur untuk majils rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik suasananya serta mematuhi sistem bahasa. Bahasa yang digunakan mestilah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
KESANTUNAN PENULISAN
-Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
-Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat kiriman rasmi , laporan, kertas kerja , pidato dan lain-lain manakala bukan formal ialahsurat kepada sahabat .
-Dalam bentuk komunikasi bertulis , aspek-aspek kesantunan yang perlu diberi perhatian ialah:
- Penggunaan kata panggilan yang betul .
- Kata sapaan yang betul.
- Gaya bahasa yang tepat .
- Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks.
- Isu yang tidak sensitif.
-
Kuliah 6
BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

•Kesantunan Verbal
•Kesantunan Bukan Verbal
Kesantunan Verbal
•Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab
•Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
•Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
•Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut.
•Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.
- Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
- Assalamualaikum".
- Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya
- Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan
- Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa
- Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
- Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata
- Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat
Aspek-aspek Kesantunan Verbal
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
ØBahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,umur dan keakraban hubungan.
•Lihat contoh berikut:-Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.-Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri-Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
-Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya .
-Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
-Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.
7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:
i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
-(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
-(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
-(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
• Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
- (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.
Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
-Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
-Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
-Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
-Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
- Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
- Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
9. Gelaran Warisan
-Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
-Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
-Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
-Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
-Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
- Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
- Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
9. Gelaran Warisan
-Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
-Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei
Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
-Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
-Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
10. Gelaran Kurniaan
Ø Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
ØPendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
ØGelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
11. Kata Panggilan dalam majlis rasmi
- Yang di-Ppertuan Aagong dan Raja Permaisurii Agong - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.
- Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Pmaisuri- Duli Yang Maha Mulia
- Raja Mudah atau Tengku Mahkota- Duli Tang Teramat Mulia / Yang Teramat Mulia
- Kerabat Diraja Karib - Yang Amat Mulia
- Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri- Yang Amat Berhormat.
- Menteri, Ahli Perlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri - Yang Berhormat Mulia
- Ketua Haki Nnegara - Yang Amat Arif
- Ketua Polis Negara - Yang Amat Setia
- Hakim- Yang Arif
Kesantunan Non Verbal
-Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.
-Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.
-Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol
atau lambang.
iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal
i. Gerakan Anggota Badan
•Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
• Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
• Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti;
- Isyarat gerakan tangan
- Isyarat air muka
- Bahasa tubuh
.jpg)
ii. Gerakan Mata
•Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
•Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
ØMata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
ØMata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ØTidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.
iii. Gerakan Tangan
• Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
• Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
• Contohnya:
ØIsyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
ØTerdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap
ØIsyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
ØSecara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.
iv. Mimik Muka
• Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
• Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
• Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
•Contohnya:
ØMelalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan
mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
ØMerupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
ØAhli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.
ØRiak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.
Konsep Budaya
• Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
• Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
• Kamus Dewan Bahasa – budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dll)
• Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
• Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.
• Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
• Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
• Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
• Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.
• Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya.
•Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
•Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan di sepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.
•Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaan.
•Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara masyarakat di dunia ini.
•Contohnya, nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A, namun nilai itu dianggap tidak santun dalam kalangan masyarakat B.
•Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing
(KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA).
Kesantunan Merantas Budaya
•Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
•Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai.
•Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.
•Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya.
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
•Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
•Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
•Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
•Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
•Jadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan diihayati.
•Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.
•Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.
•Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.
•Komunikasi terikat rapat dengan budaya.
•Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan
berbeza.
•Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.
•Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham.
•Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu
•Namun bagi masyarakat timur – sesuatu yang tidak sopan
•Pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.
•Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.
•Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik.
•Jika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kecil hati.
Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia
•Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
•Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
•Namun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara masyarakat Melayu, India, Cina dll.
•Jadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan.
Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu
ÏBerpegang kuat pada adat resam dan agama.
Memberi salam apabila bersua.
•Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
•Kata sapan.
•Kata gelaran.
•Panggilan.
•Bersalam.
•Bertanya khabar.
•Melayan tetamu.
•Menghormati orang tua.
Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina
•Tunduk ketika memberi salam.
•Orang tua makan dahulu.
•Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
•Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
•Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India
•Duduk bersila semasa makan.
•Tidak membazirkan makanan.
•Senyap semasa bersembahyang.
•Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
•Mematuhi adat dan resam
•Salam orang yang lebih tua.
Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan
•Kerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum
•Jadi seorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari segi:
i. kesantunan berpakaian → Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
ii. Kesantunan tingkah laku
→ gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
→Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.
iii. Kesantunan berkomunikasi →Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat
→ Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengansituasi ketika berkomunikasi.
→ Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
→Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun muridmenunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.
→ Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.
Kuliah 4
Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan
KONSEP
KONSEP
- Merujuk kepada air muka
- Berkait rapat dengan maruah diri
- Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka :" Muka tembok" ," Muka papan " menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka .
- Malu = nilai suci dan murni yang menjadi asa kepercayaan yang diterima mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa .
- Menurut Islam , malu=perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji .
- Konsep malu menjadi asas didikan anak-anak .
- Orang yang menerima malu lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan .
- Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imeg keluarga juga .
- Anggota yang sanggup memalukan diri dan keluarga dianggap tidak bermaruah .
- Dalam hikayat sastera klasik , terdapat beberapa peristiwa peperangan , pergaduhan dan amuk berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan .
- Sewaktu berinteraksi , orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang .
- Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun , tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri , keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar .
- Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu ,penggunaan mulut perlulah dikawal .
- Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah , contohnya lidah bercabang, lidah buaya dan lidah tidak bertulang .
- Orang Melayu tidak bolh menerima orang yang menggunakan mulutnya untuk menyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada orang lain .
- Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain .
- Kata-kata menggambarkan hati .
- Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut .
- Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya .
BAGAIMANA MENJAGA MARUAH DIRI ?
- Memakai baju yang bersesuaian iaitu tidak ketat dan jarang .
- Menjaga cara percakapan kita .
- Menjaga cara pergaulan kita . Contohnya , memberi salam kepada orang yang lebih tua daripada kita apabila kita tertemunya .
AKIBAT TIDAK MENJAGA MUKA .
- Kehidupan tidak diberkati.
- Dipulau oleh masyarakat dan orang sekeliling .
- Masyarakat kucar-kacir dan negara tidak aman .
Kebaikan menjaga maruah diri .
- Boleh membendung kejadian jenayah .
- Melahirkan masyarakat bersatu padu , sejahtera dan negara aman .
- Akan disanjungi , disayangi dan disukai oleh orang sekeliling .
KULIAH 3 - BAB 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN
" Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"
Pantun di atas diselitkan kerana ada kaitannya akan dibahaskan dalam bab ini iaitu mengenai kesantunan. Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalh kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui tulisan atau lisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.
3.2 KESANTUNAN VERBAL
Menurut Kamus Dewan, (1984)
- kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan yang perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu dan membuat pembentangan kepada umum.
Konsep Masyarakat Melayu,
- bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dalam masyarakat bahasa tersebut.
Contoh - bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama.
ASPEK-ASPEK KESANTUNAN VERBAL
- Cara sapaan lisan
- Kehalusan budi bahasa ketika menggunakan bahasa
- Sistem panggilan keluarga
- Panggilan keluarga pertalian darah(Adik, Kakak, Mak Njang)
- Gabungan nama keluarga asas(Kak Ngah, Bang Cik)
- Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan( Mak Mentua, Pak Mentua)
- Gelaran pergaulan formal (Haji, Doktor, Profesor, Tuan, Puan)
- Gelaran warisan (Megat, Puteri, Daeng)
- Gelaran Kurniaan (Tun, Puan Sri, Dato')
- Penggunaan bahasa termasuk juga bahasa istana
- Kata dan ungkapan tatasusila dalam keadaan yang sesuai
3.2 KOMUNIKASI NONVERBAL
-komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (1999),
- bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dan jarak, orientasi masa, gerak-geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.
FUNGSI KOMUNIKASI NONVERBAL
- Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
- Penggantian (substituting) - mengantikan verbal dengan simbol atau lambang.
- Kontradiksi (contrast/regulating)- menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunkan pesan nonverbal.
- Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bukan bahasa verbal.
- Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
ASPEK-ASPEK KESANTUNAN NONVERBAL
1. Gerakan Anggota Badan
- setiap pergerakan anggota badan mempunyai makna yang tersendiri.
- setiap gerakan anggota badan yang dihasilkan dapat mendalami maksud-maksud yang tertentu.
- setiap anggota yang diberikan akan membawa makna sejagat yang akan difahami olen masyarakat sekeliling.
2. Gerakan Mata
- gerakan mata juga mempunyai makna-makna yang tertentu.
- mata yang digerak ke sana ke mari menunjukkan bahawa dia tidak berminat.
- mata dan dahi yang berkerut menunjukkan minat tapi tidak percaya.
- mata berkelip lebih laju daripada biasa bermakna dia sedang berdusta.
- tidak memandang mata menunjukkan minat tetapi malu.
3. Gerakan Tangan
- setiap gerakan tangan yang dihasilkan mestilah difahami oleh masyarakat sejagat.
- gerakan tangan biasanya digunakan dengan bahasa lisan dalam satu masa bagi mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
- contoh, meletakkan jari telunjuk di depan mult menandakan suruh diam/tidak bercakap.
4. Mimik Muka
- mimik muka mempunyai maksud yang pelbagai.
- mimik muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan sesorang.
- riak hati muka dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
3.4 KESANTUNAN LISAN
- komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.
- melibatkan penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
- penggunaan bahsa tubuh yabg beradab dan tatasusila.
Kesantunan secara lisan terdapat dalam bentuk:-
- Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain.
- Tidak rasmi/tidak formal - perbualan di telefon, perbualan di majlis kenduri dan sebagainya.
3.5 KESANTUNAN PENULISAN
-komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal.
- komunikasi bertulis memerlukan penelitian yang mendalam dan serius kerana mesej yang ditulis tidak boleh diubah sesuka hati.
- komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal atau tidak formal.
ASPEK-ASPEK KESANTUNAN PENULISAN
- Penggunaan kata panggilan yang betul
- Kata sapaan yang betul
- Gaya bahasa yang betul
- Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
- Isi yang tidak sensitif
Kesimpulan
Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara komunikasi sama ada dari segi verbal atau nonverbal. Ketika berkomunikasi kita harus mengambil aspek-aspek seperti yang telah dijelaskan di atas untuk menjadi seseorang yang bersopa santun, berakhlak baik dan budi pekerti.
Subscribe to:
Posts (Atom)