Sunday, 6 September 2015

KULIAH 1 - BAB 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

PENGERTIAN DAN KONSEP 
  1. Budi
  2. Bahasa
  3. Budi Bahasa 

1.1 PENGERTIAN BUDI

Perkataan "budi" berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar,1970). Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain
Menurut Kamus Dewan (2005),

  • Budi ialah akal dan kebijaksaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.
  • Bermaksud kebaikan atau kebijaksaan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan yang lain. 
  • Ia merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan yang baik. 
  • Budi lahir daripada fikiran yang baik yang akan menzahirkan perbuatan atau daya upaya yang terpuji.

Menurut Islam,

  • Budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
  • Berakhlak mulia dipupuk sejak seseorang itu masih kecil sehinggalah dewasa. 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
    "paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarga" (Riwayat Ar-Ridha)


    Menurut Imam Al-Ghazali (2002),

    • Budi ialah budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, nafsu dan marah.
    • Budi lahir daripada pertimbangan akal yang baik, seterusnya akan menjelmakan tabiat, akhlak atau watak yang terpuji.

    Menurut Mustafa Haji Daud (1995),

    • Jika perkataan budi ditambah dengan awalan "ber" menjadi berbudi atau jika ditambah dengan akhiran "man" akan menjadi budiman yang akan membawa maksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti.
    • Dengan kata lain, orang berpegang kepada prinsip hidup di dunia biar berjasa dan tidak menyusahkan orang lain dan apabila mati akan meninggalakn nama yang baik. 

    Menurut masyarakat Melayu

    • Budi membawa maksud jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain iaitu merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan orang lain. 
    • Ia merupakan satu elemen yang wajib bagi setiap individu untuk menjadi insan yang sempurna pada mata masyarakat.
    PENGERTIAN BUDI ,

                    Pengertian budi dapat ditakrifkan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Budi akan melahirkan bicara yang halus dan santun yang menggambarkan ketinggian akal fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.


    1.2 PENGERTIAN BAHASA

    Menurut kamus Dewan (2002),

    • Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.
    • Sistem lambang bunyi ini menjadi identiti bangsa itu sendiri dan terus akan diperturunkan daripda satu generasi ke satu generasi seterusnya. 

    Menurut Ferdinand de Saussure (1960),

    • Bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
    • Diguanakn sebagai satu cara yang  mudah difahami dan bergantung kepada sosiobudaya, politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam sesuatu masyarakat tersebut. 


    Menurut Noam Chomsky (1957),


    • Bahasa ialah satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk dari unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem.
    • Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalm bentuk bunyi-bunyi perkataan sususan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem. 

    Menurut Asmah Hj. Omar (1986),
    • Bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. 
    • Setiap bahasa mempunyai bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat yang bersistem dan sistematikyang akan menghasilkan makna bagi membolehkan komunikasi antara masyarakat berlaku dalam kehidupan seharian. 

    Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985)
    • Bahasa didefinisikan sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya. 
    Menurut Edward Sapir,
    • Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara abritari untuk menyampaikan fikiran atau perasaan. 
    Menurut Raja Mukhtaruddin,
    • Bahasa sebagai satu sistem lambang-lambang pertuturan yang abitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat. 

    Menurut Lufti Abas (1985),
    • Bahasa ialah data yang dihasilkan dalam linguistik dan suatu sistem simbol yang terdiri daripada bunyi  yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang dipersetujui bersama.
    PENGERTIAN BAHASA

    1. Bersistem dan sistematik - bahasa yang mempunyai peraturan atau pola tertentu yang perlu dipatuhi. Bahasa terdiri daripada dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem makna. 

    2. Arbitrari - bahasa yang mewujudkan dalam sesuatu masyarakat tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengatur makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa. 

    3. Vokal - bunyi - bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.

    4. Simbol - bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol atau lambang dan akan dapat dilihat apabila bahasa itu diungkapkan secara bertulis dan maknanya akan disepakati bersama.

    5. Alat Komunikasi - manusia akan menggunakan bahsa untuk berinteraksi antara satu sama lain. 

    6. Dinamis - sesuatu bahasa yang akan mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. 


    1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA
        

                     Budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. Budi dalam bahasa literalnya bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu dan bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan oleh seseorang individu apabila berbicara. Pengertian budi bahasa secara amnya ialah berkaitan dengan tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang. Berbudi bahasa yang elok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi membuktikan terhadap diri seseorang.

                    Budi bahasa juga mencerminkan budaya. Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. budaya terpancar melalui kebijaksanaan, maka budaya sesuatu bangsa melambangkan sebahagian daripada peradaban bangsa. Melalui sikap berbudi bahasa akan dapat membina kehidupan ummah yang sihat, sejahtera dan mampu memperkasakan tamadun yang tinggi. Sesungguhnya amalan nilai budi bahasa adalah amat bersifat universal dan semua agama di dunia turut menekankan agar penganutnya mengamalkan nilai peribadi dalam kehidupan.


    1.4 CIRI - CIRI BUDI BAHASA

    Terdapat 4 ciri budi bahasa iaitu :-

     i. Pemaaf - hati yang tulus dan merendah diri untuk melupakan kesalahan dan kesilapan orang lain.

    ii. Bersabar - memerlukan ketahanan diri yang tinggi untuk menghadapi sesuatu dugaan dengan redha.

    iii. Bersikap positif - sentiasa terbuka mencapai kejayaan tanpa memikirkan halangan yang dihadapi.

    iv. Kesantunan yang tinggi - bersopan - santun dan tertib dalam berkomunikasi dengan orang lain. 

                  Amalan berbudi bahasa akan menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain. Islam memberikan kedudukan yang tinggi kepada orang yang berbudi bahasa atau berbudi pekerti yang mulia. Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya seseorang yang beriman selalu menguasai lisannya dan membiasakan supaya berdiam diri jika lebih baik. Orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus, tingkah laku yang santundan sentiasa memberikan kesan yang baik kepada orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. 


    1.5 BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

    1. Budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu,


    a) bercakap dengan lemah lembut dan halus.
    b) menundukkan badan ketika berjalan di hadapan orang yang lebih tua.
        c) berpakaian menutup aurat.
        d) tidak menyampuk ketika orang tua sedang bercakap.
        e) anak dara duduk bersimpuh.





    2. Budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Cina,

    a) makan menggunakan penyepit
    b) tidak mengeluarkan bunyi yang kuat ketika makan. 
    c) dilarang mengeluarkan kata-kata kesat ketika berbicara
    d) ibu bapa menghantar wakil untuk meminang. 

    3. Budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat India,




    a) duduk ketika makan dengan menggunakan tangan.
    b) sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur.
    c) bersabar dan tida pemarah
    d) tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain.

    No comments:

    Post a Comment