Monday, 7 September 2015

KULIAH 3 - BAB 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

" Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"

Pantun di atas diselitkan kerana ada kaitannya akan dibahaskan dalam bab ini iaitu mengenai kesantunan. Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalh kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui tulisan atau lisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

3.2 KESANTUNAN VERBAL

Menurut Kamus Dewan, (1984)

- kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan yang perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu dan membuat pembentangan kepada umum.

Konsep Masyarakat Melayu,

- bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dalam masyarakat bahasa tersebut.

Contoh - bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama.

ASPEK-ASPEK KESANTUNAN VERBAL
  • Cara sapaan lisan
  • Kehalusan budi bahasa ketika menggunakan bahasa
  • Sistem panggilan keluarga
  1. Panggilan keluarga pertalian darah(Adik, Kakak, Mak Njang)
  2. Gabungan nama keluarga asas(Kak Ngah, Bang Cik)
  3. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan( Mak Mentua, Pak Mentua) 
  4. Gelaran pergaulan formal (Haji, Doktor, Profesor, Tuan, Puan)
  5. Gelaran warisan (Megat, Puteri, Daeng)
  6. Gelaran Kurniaan (Tun, Puan Sri, Dato') 
  • Penggunaan bahasa termasuk juga bahasa istana
  • Kata dan ungkapan tatasusila dalam keadaan yang sesuai

3.2 KOMUNIKASI NONVERBAL

-komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (1999),

- bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dan jarak, orientasi masa, gerak-geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.

FUNGSI KOMUNIKASI NONVERBAL

  1. Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
  2. Penggantian (substituting) - mengantikan verbal dengan simbol atau lambang.
  3. Kontradiksi (contrast/regulating)- menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunkan pesan nonverbal. 
  4. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bukan bahasa verbal.
  5. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
ASPEK-ASPEK KESANTUNAN NONVERBAL

1. Gerakan Anggota Badan

  • setiap pergerakan anggota badan mempunyai makna yang tersendiri.
  • setiap gerakan anggota badan yang dihasilkan dapat mendalami maksud-maksud yang tertentu. 
  • setiap anggota yang diberikan akan membawa makna sejagat yang akan difahami olen masyarakat sekeliling. 
2. Gerakan Mata

  • gerakan mata juga mempunyai makna-makna yang tertentu.
  • mata yang digerak ke sana ke mari menunjukkan bahawa dia tidak berminat.
  • mata dan dahi yang berkerut menunjukkan minat tapi tidak percaya.
  • mata berkelip lebih laju daripada biasa bermakna dia sedang berdusta. 
  • tidak memandang mata menunjukkan minat tetapi malu.
3. Gerakan Tangan 

  • setiap gerakan tangan yang dihasilkan mestilah difahami oleh masyarakat sejagat.
  • gerakan tangan biasanya digunakan dengan bahasa lisan dalam satu masa bagi mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
  • contoh, meletakkan jari telunjuk di depan mult menandakan suruh diam/tidak bercakap.

4. Mimik Muka

  • mimik muka mempunyai maksud yang pelbagai.
  • mimik muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan sesorang. 
  • riak hati muka dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.

3.4 KESANTUNAN LISAN

- komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual. 
- melibatkan penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus. 
- penggunaan bahsa tubuh yabg beradab dan tatasusila.

Kesantunan secara lisan terdapat dalam bentuk:-

  • Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain.
  • Tidak rasmi/tidak formal - perbualan di telefon, perbualan di majlis kenduri dan sebagainya.

3.5 KESANTUNAN PENULISAN

-komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal.
- komunikasi bertulis memerlukan penelitian yang mendalam dan serius kerana mesej yang ditulis tidak boleh diubah sesuka hati. 
- komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal atau tidak formal.

ASPEK-ASPEK KESANTUNAN PENULISAN

  1. Penggunaan kata panggilan yang betul
  2. Kata sapaan yang betul
  3. Gaya bahasa yang betul
  4. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  5. Isi yang tidak sensitif

Kesimpulan

Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara komunikasi sama ada dari segi verbal atau nonverbal. Ketika berkomunikasi kita harus mengambil aspek-aspek seperti yang telah dijelaskan di atas untuk menjadi seseorang yang bersopa santun, berakhlak baik dan budi pekerti.

No comments:

Post a Comment